Assalamualaikum,
Waktu aku tulis entri ni, aku sedang kebosanan menunggu page loading kerana internet yang slow macam kura kura.. Biasalah waktu tengah malam ni system shutdown lah bagai.. Waktu macam ni jugaklah aku rajin nak settlekan university application. Cakap pasal university, semalam housemate dan coursemate aku, Serene dah dapat tawaran University of Illinois Urbana Champaign. Top University kot! Alhamdulillah i'm happy for her. She deserved it. Serene apply early action, so decision pun early. Yang lain semua tunggu next year. Doakan :)
Sebenarnya aku baru balik dari Soaring The Eagle (STE) Program for Petronas Sponsored Students at Glory Beach Resort PD. Syok sangat! Mula-mula rasa malas nak join tapi wajib. Lebih banyak indoor dari outdoor activities. Bila indoor activity dan ada group kecil, mesti ada presentation. Biasalah nak latih kita speaking depan orang ramai. STE adalah program kedua yang aku join melibatkan semua petronas scholars. First program adalah Petronas Readiness for Employment Program (PREP) induction bulan October yang lalu. Dua-dua best tapi STE lagi best sebab waktu ni kitorang semua tengah sem break dan boleh enjoy to the maximum. PREP haritu dibuat waktu kemuncak stress bila kau kena pergi kem lepastu dihantui dengan assignment yang banyak. Tapi dua-dua program ni memberi input yang bernas dan memotivasikan diri ini untuk sentiasa bersyukur dengan peluang yang diberi.
Kemudian, sedang kami berseronok waktu STE, result sem 1 pun keluar dekat student portal pada 15 Dec jam 6 petang. Mak aku asyik tanya bila result nak keluar. Aku pula semakin risau. Sem 1 punya stress lain macam. SPM pun tak stress macam sem 1. Sebelum check result, kitorang ada sesi muhasabah diri (petronas sangat mementingkan penjagaan spiritual dan emosi tau). Waktu ni kira indoor activity lah. Faci tutup lampu dan pasang lagu sedih-sedih lepastu kitorang bebas pilih tempat untuk menyendiri dalam kelas tu. Kitorang juga diberi kertas dan pen untuk menzahirkan perasaan dalam bentuk lukisan. Sesi refleksi diri pun bermula. Waktu tu yang aku fikir hanyalah result sem 1. Lagi 5 minit nak pukul 6. Aku cuba tenangkan hati. Tiba-tiba teringat mak dan ayah yang selalu visit aku every week dekat Taylors dan seseri dulu. Kalau dekat US nanti takde siapa dah nak visit aku tiap-tiap minggu. Aku selalu stress dengan Calculus waktu sem 1. Aku selalu mengadu dekat mak, ayah, kakak, abang, nenek dan beberapa kawan rapat lain pasal ni. Diorang pun selalu bagi semangat. Alhamdulillah berkat usaha, doa dan tawakkal, I'm happy with my results :) InsyaAllah tinggal satu sem. Misi 4.0 ! One step closer to US.
|
Mawar 2. We are from Taylor's Uni, Taylor's College, KYUEM, KTJ and KDU. |
|
Geng Taylor's Uni. |
|
Groupmate- Fearless. |
|
Classmates. budak budak 4 flat jangan lupa diri please haha |
Wassalam
0 comments:
Post a Comment