Assalamualaikum
Sebenarnya saya terharu dengan kata-kata kak Maya waktu usrah tadi. Kak Maya kata , setiap kejayaan kita selama ini sebenarnya kerana ada orang yang setia di belakang kita.
Siapa orangnya?
Ya, ibu dan ayah orangnya.
:')
Saya yakin semua ibu dan ayah inginkan yang terbaik dan selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak mereka kan.
Kita sebagai anak perlu usaha juga itu yang pasti.
This is only my humble sharing.
Kalau dulu di Seseri, saya suka perhati bagaimana cara kawan kawan pandai ni belajar.
Iyelah, saya makan nasi dm, mereka pun makan nasi dm, apa bezanya saya dengan mereka?
dak dak genius macam kawan saya tu study hard and smart.
Kadang kadang dia belajar dengan mengajar orang lain. Mana taknya semua orang minta dia ajarkan.
Pernah dengar ayat ni tak, "you are the average of the 5 people you spend the most time with"
Jadi berdampinglah dengan orang-orang yang positif. (Jet jet diri ini positif sangat)
Okay straight forward aje, saya bukanlah pelajar cemerlang gemilang mahupun terbilang. Tetapi sekadar ingin berkongsi kepada yang sudi, amalan atau cara untuk mudah terima ilmu. InsyaAllah.
1. Jaga hubungan dengan Allah , mak ayah dan semua orang.
2. Baca doa sugguh-sungguh setiap kali sebelum belajar.
Antara doa yang saya suka sangat ulang,
"Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, wahai Allah Tuhan yang paling penyayang"
Doa biarlah specific. Doa biarlah sebut nama kawan kawan yang banyak bantu kita, yang kita sayang ataupun sesiapa sahaja yang terlintas.
Yakinlah nanti malaikat akan doakan hal yang sama untuk awak.
3. Beritahu hajat kita pada mak dan ayah, mohon mereka doakan hajat kita tercapai.
Doa mak dan ayah untuk anak tiada hijab. Dalam masa yang sama, sebagai anak perlu usaha.
4. Baca, faham, hafal, tulis, terang pada kawan.
Saya jenis yang suka terangkan pada kawan apa yang saya faham. Andai kata penerangan saya tak betul, kawan akan betulkan.
5. Fokus terhadap penerangan cikgu / kawan sewaktu pembentangan.
Setiap kata-kata seorang guru sangat bermakna. Jadi, fokus dan jangan malu bertanya soalan yang relevan kalau tak faham.
6. Elakkan mengumpat cikgu / kawan.
7. Solat sunat Dhuha 2 atau 4 rakaat selalu.
8. Minta orang yang beriman doakan kita.
Jangan malu minta orang lain doakan hajat kita tercapai. Sebab apa kawan kawan ? Sebab dalam banyak banyak doa orang, kita tak tahu doa siapa yang Allah makbulkan terlebih dahulu, kata mutawwif saya waktu buat umrah dulu.
9. Baca Quran everyday. Yes, jadikan ianya satu kewajipan. Kalau free, setiap kali lepas solat fardu, baca at least 1 page berserta maksud.
Al-Quran manual hidup.
Saya suka tampal sticker pada ayat-ayat Al Quran yang saya rasa deep.
Dan yang sweetnya (pun boleh) , bila rasa down je, saya baca balik maksud ayat ayat Quran yang bersticker. Terubat juga kesedihan itu. Ecehh.
10. Bangun awal dan solat sunat dua rakaat sebelum subuh serta tahajjud. (Mencabar bagi saya untuk istiqomah)
11. Baca ayat 82 surah yaasin,
Innamaa amruhu... Kun..(doa).. Fayakun.
"Wahai orang orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
(47:7)
Ayat penerang hati
1) surah Toha ayat 1-5 (20:1-5)
2) surah al anbiya' ayat 79 (21:79)
3) surah an nur ayat 35 (24:35)
4) surah luqman
5) surah ar rahman
6) surah al waqiah (dimurahkan rezeki)
7) surah al fath ayat 1-3 (48:1-3)
8) surah al a'laa ayat 1-6 (87:1-6)
9) surah asy syarh (alam nasyrah)
10) ayat seribu dinar dalam surah at thalaq.
Saya doakan awak yang membaca entri ini berjaya di dunia dan di akhirat.
Thank you for reading :-)

Gambar hasil google |