Friday, 1 January 2016

Bersama adik-adik Rumah Bakti Nur Syaheera

Assalamualaikum !

31 Disember yang lepas aku dan dua belas orang kawan melawat ke RBNS. Cerita dia macam ni.

Dah lama berhajat nak pergi rumah anak yatim. Satu hari tu aku pun search rumah anak yatim area cheras. Terpapar Rumah bakti nur syaheera. Aktif juga rumah bakti ni. Astro awani pun pernah melawat RBNS waktu bulan puasa tahun 2015. Lalu aku pun ambil nombor telefon penjaga mereka iaitu encik Johari.

Menurut encik Johari, sewaktu aku menelefonnya, adik-adik ini pulang ke kampung halaman masing-masing. Mereka akan pulang ke RBNS pada 26 disember. Oh baiklah pakcik. Aku pun ada menyatakan hasrat ini kepada beberapa orang rakan karib.

Perancangan ini menjadi lebih serius pada hari isnin, 28 disember yang lalu. Waktu itu aku sedang berada di rumah yang dekat Melaka. Sambil baring-baring di dalam bilik sorang-sorang , mulalah berangan nak buat satu projek lawatan ke rumah anak yatim bersama rakan-rakan. Aku pun whatsapp kawan rapat. First sekali aku whatsapp anis. Sebab anis kawan aku yang paling supportive so aku tahu dia akan support plan aku ni. Kemudian aku whatsapp group 'qwertyuiop' geng smkcp. Ramai juga yang berminat tapi ada hal so tak dapat join. Namun masih tidak mematahkan semangat aku. Waktu tu yang betul-betul confirm nak join hanya tiga orang. Mia, anis dan farhana. Lain semua tak confirm. Tiba-tiba anis tak dapat join kerana ada kekangan tapi dia masih support. Begitu  juga farrah. Dua-dua kawan seseri...

Hari selasa tu aku terus ajak farhana pergi RBNS untuk jumpa encik Johari. Hehe mak tolong bawakkan. sayang mak. Mak banyak tolong bawak sana sini. Sorry mak sebab banyak menyusahkan. Alhamdulillah Allah permudahkan. Sekejap je bincang dah setuju. Then ikut mak pergi econsave beli hadiah. Farhana mula menunjukkan kekreativitiannya membalut dan menghias hadiah. Aku sungguh terpukau (dramatic pulak bunyinya). Kemudian mia pun datang untuk membuat kek batik di rumahku. Kami bertiga bertungkus lumus menyiapkan kek batik walaupun kekurangan bahan iaitu cocoa powder. Mak dah ambil kat econsave tapi tak bayar . Entah mana menghilang benda tu. Barangkali termasuk dalam trolley orang lain. Takpe bisa diatur. Kami mula buat resipi baru. Tambah cooking chocolate, rasanya pahit juga seperti cocoa powder, kata mak.

Sebenarnya ada cerita sedih di sebalik perancangan ini tapi aku tak mahu mengingatinya lagi. Memang Allah tak jadikan semua benda mudah namun setiap kesusahan pasti disertai kemudahan betul tak? Jadi aku yakin je mesti ada benda baik akan datang lepas satu masalah ni. Tambahan pula hanya tiga orang je betul-betul join. 'Macam mana ni? Mesti hambar.. bisik hatiku.' Malam sebelum kejadian ,hari rabu tiba-tiba ramai kata nak join. Alhamdulillah , thank you geng ! Paling berterima kasih kepada mia dan farhana sanggup buat itu ini demi menjayakan #projekita . Entah mana dapat nama ni. Aku main letak je.
Malam tu jugak aku tak boleh nak lelapkan mata memikirkan macam manalah perjalanan projek tu nanti. Agak-agak adik-adik tu suka tak? Mujur family support, kawan pun. Banyak juga idea mereka beri.

Hasilnya, alhamdulillah.. sangat menggembirakan apabila melihat orang lain gembira. Semua berjalan lancar. Kawan kata tak hambar. Adik-adik tu pun nampak happy. Apa yang kami buat dekat sana ? Nah tengok gambar dulu


Mula-mula kita berkenalan dulu dengan mereka. Kami daripada berlainan sekolah. Ada wakil smk cheras perdana, smk alam damai, smk perimbun, sam bestari, smk seri saujana, smap kajang, asis dan seseri ! Adik-adik ni majoriti range umur darjah 1 sampai form 4. Kemudian main game paku payung. 

Diikuti game musical chair. Ada seorang adik ni nak pasang lagu kpop. Alamak dik akak tak sangka korang layan kpop. Hihi so takdelah suruh wafie download lagu korea. Malam tu yeye je wafie suruh aku list lagu ape nak. Aku pun mintalah lagu yang aku suka hehehe TAPI , takde satu pun yang aku dengar dia buka waktu musical tu. Hampeh. Takpelah yang penting game berjalan lanceer.. husna paling happy aku rasa. Agaknya lama tak main game tu.



Kemudian kita berehat bersama kitkat ! Ada jamuan sedikit. Tapi takde kitkat. Akak tak mampu nak beli kitkat sorang satu dik. Hehe jadi makan jelah apa yang ada. Ada kek batik mia, karipap , brownies aisyah n syafiqa , air kotak aisyah serta kek coklat saya dan mak ! Hehe betapa gembiranya apabila 1st time berjaya menghias birthday cake ala-ala secret recipe. Hehe menipu tu . Ala-ala kedai kek cina dekat area rumah kedai cp je. Kelass gitu! 

Maaf kerana terlalu obses dengan kek sendiri sampai terlupa nak tangkap gambar hidangan lain hihi



Mak aku yang letak topping, before this kek botak je takde de topping-topping bagai sebab nak makan sendiri kat rumah. Kali ni special untk adik-adik RBNS! Alhamdulillah adik ambia kata sedap huhu. Tapi aku rasa biasa je. Entahlah yang penting bolehlah masuk perut. Nnti akak improve lagi ye. 



Ini dia game tiup belon lepastu kena pecahkan. At first cadangan mak aku tiup belon sampai pecah kat mulot tu. Hihi tapi adik-adik perempuan semua takut. Haha hakikatnya aku pun takut. Then kita modified sikit. Perempuan lawan laki. Siapa habis pecahkan belon dulu menang. Last-last belon perempuan yang tak mampu dipecahkan kita bagi lelaki. Takpe dua dua dapat hadiah.


Ada kuiz dan hadiah sikit untuk mereka. 


Ini antara hasil tangan farhana. 



Ini dia orang kuat #projekita 
Sayang korang! Dari kanan farhana, mia, husna.


Tadaa.. tak lengkap kalau tak bergambar rasanya. Jadi kita bergambar dengan orang kuat RBNS, kak wani atau lebih mesra dipanggil 'mama' serta adik-adik dan fasi-fasi katanya. 


Daripada tiga orang jadi tiga belas,. Terima kasih semua. Jasa korang akan kukenang selamanya. Kalau takde mereka mungkin akan hambar jadinya. 

Sebelum balik, aduk-adik ni ajak kami masuk dalam rumah. Memandangkan azmeel dah bawa guitar , ada orang request satu lagu daripada azmeel dan danish hahah sapa suruh bawa guitar . Tak tahu separuh rela atau sepenuh rela mereka pun buatlah show dekat dalam rumah tu. Nak aku tunjuk video ke? Kena minta izin tuan punya suara dulu kan. Takpelah biar aku simpan je . @#$/^&*)



Lagu faizal tahir. Assalamualaikum kot tajuknya. Adik ambia syok je duduk belakang sambil nyanyi sekali. Hafal rupanya dia. Ingatkan lagu harris J assalamualaikum tu. 

Sebelum berundur diri, danish pun memberi pesanan tahun baru yang menyentuh hati cek. Eh adik-adik tu pun ada yang mengalirkan air mata. Awhh jangan sedih. Bak kata ketua badar smapk ni, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Masih Allah beri rasa kasih sayang antara kita, ada tempat tinggal sambil tu azmeel pun memetik guitarnya kedengaran ala ala background music gitu. Kalau tahu danish nak beri tazkirah ni aku dah sediakan tisu sekotak kat sebelah. Err ?!

Okay rasanya itulah ceritanya. 

Terima kasih kepada siapa yang membaca entri panjang lebar ni kalau ada muhahaha 









3 comments:

  1. Bestnyer... Lain kali ajak cikgu jgk yerk... In syaa Allah jika tiada kekangan cikgu pon nk turut serta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awhh cikgu ! Rindunya okay boleh cikgu . Next time kita pergi rumah org tua2 hihi

      Delete
  2. Bestnyer. saya tak pernah pergi tempat gini

    ReplyDelete