AIZA SURAYA Welcome to my blog!

Friday, 1 January 2016

Bersama adik-adik Rumah Bakti Nur Syaheera

Assalamualaikum !

31 Disember yang lepas aku dan dua belas orang kawan melawat ke RBNS. Cerita dia macam ni.

Dah lama berhajat nak pergi rumah anak yatim. Satu hari tu aku pun search rumah anak yatim area cheras. Terpapar Rumah bakti nur syaheera. Aktif juga rumah bakti ni. Astro awani pun pernah melawat RBNS waktu bulan puasa tahun 2015. Lalu aku pun ambil nombor telefon penjaga mereka iaitu encik Johari.

Menurut encik Johari, sewaktu aku menelefonnya, adik-adik ini pulang ke kampung halaman masing-masing. Mereka akan pulang ke RBNS pada 26 disember. Oh baiklah pakcik. Aku pun ada menyatakan hasrat ini kepada beberapa orang rakan karib.

Perancangan ini menjadi lebih serius pada hari isnin, 28 disember yang lalu. Waktu itu aku sedang berada di rumah yang dekat Melaka. Sambil baring-baring di dalam bilik sorang-sorang , mulalah berangan nak buat satu projek lawatan ke rumah anak yatim bersama rakan-rakan. Aku pun whatsapp kawan rapat. First sekali aku whatsapp anis. Sebab anis kawan aku yang paling supportive so aku tahu dia akan support plan aku ni. Kemudian aku whatsapp group 'qwertyuiop' geng smkcp. Ramai juga yang berminat tapi ada hal so tak dapat join. Namun masih tidak mematahkan semangat aku. Waktu tu yang betul-betul confirm nak join hanya tiga orang. Mia, anis dan farhana. Lain semua tak confirm. Tiba-tiba anis tak dapat join kerana ada kekangan tapi dia masih support. Begitu  juga farrah. Dua-dua kawan seseri...

Hari selasa tu aku terus ajak farhana pergi RBNS untuk jumpa encik Johari. Hehe mak tolong bawakkan. sayang mak. Mak banyak tolong bawak sana sini. Sorry mak sebab banyak menyusahkan. Alhamdulillah Allah permudahkan. Sekejap je bincang dah setuju. Then ikut mak pergi econsave beli hadiah. Farhana mula menunjukkan kekreativitiannya membalut dan menghias hadiah. Aku sungguh terpukau (dramatic pulak bunyinya). Kemudian mia pun datang untuk membuat kek batik di rumahku. Kami bertiga bertungkus lumus menyiapkan kek batik walaupun kekurangan bahan iaitu cocoa powder. Mak dah ambil kat econsave tapi tak bayar . Entah mana menghilang benda tu. Barangkali termasuk dalam trolley orang lain. Takpe bisa diatur. Kami mula buat resipi baru. Tambah cooking chocolate, rasanya pahit juga seperti cocoa powder, kata mak.

Sebenarnya ada cerita sedih di sebalik perancangan ini tapi aku tak mahu mengingatinya lagi. Memang Allah tak jadikan semua benda mudah namun setiap kesusahan pasti disertai kemudahan betul tak? Jadi aku yakin je mesti ada benda baik akan datang lepas satu masalah ni. Tambahan pula hanya tiga orang je betul-betul join. 'Macam mana ni? Mesti hambar.. bisik hatiku.' Malam sebelum kejadian ,hari rabu tiba-tiba ramai kata nak join. Alhamdulillah , thank you geng ! Paling berterima kasih kepada mia dan farhana sanggup buat itu ini demi menjayakan #projekita . Entah mana dapat nama ni. Aku main letak je.
Malam tu jugak aku tak boleh nak lelapkan mata memikirkan macam manalah perjalanan projek tu nanti. Agak-agak adik-adik tu suka tak? Mujur family support, kawan pun. Banyak juga idea mereka beri.

Hasilnya, alhamdulillah.. sangat menggembirakan apabila melihat orang lain gembira. Semua berjalan lancar. Kawan kata tak hambar. Adik-adik tu pun nampak happy. Apa yang kami buat dekat sana ? Nah tengok gambar dulu


Mula-mula kita berkenalan dulu dengan mereka. Kami daripada berlainan sekolah. Ada wakil smk cheras perdana, smk alam damai, smk perimbun, sam bestari, smk seri saujana, smap kajang, asis dan seseri ! Adik-adik ni majoriti range umur darjah 1 sampai form 4. Kemudian main game paku payung. 

Diikuti game musical chair. Ada seorang adik ni nak pasang lagu kpop. Alamak dik akak tak sangka korang layan kpop. Hihi so takdelah suruh wafie download lagu korea. Malam tu yeye je wafie suruh aku list lagu ape nak. Aku pun mintalah lagu yang aku suka hehehe TAPI , takde satu pun yang aku dengar dia buka waktu musical tu. Hampeh. Takpelah yang penting game berjalan lanceer.. husna paling happy aku rasa. Agaknya lama tak main game tu.



Kemudian kita berehat bersama kitkat ! Ada jamuan sedikit. Tapi takde kitkat. Akak tak mampu nak beli kitkat sorang satu dik. Hehe jadi makan jelah apa yang ada. Ada kek batik mia, karipap , brownies aisyah n syafiqa , air kotak aisyah serta kek coklat saya dan mak ! Hehe betapa gembiranya apabila 1st time berjaya menghias birthday cake ala-ala secret recipe. Hehe menipu tu . Ala-ala kedai kek cina dekat area rumah kedai cp je. Kelass gitu! 

Maaf kerana terlalu obses dengan kek sendiri sampai terlupa nak tangkap gambar hidangan lain hihi



Mak aku yang letak topping, before this kek botak je takde de topping-topping bagai sebab nak makan sendiri kat rumah. Kali ni special untk adik-adik RBNS! Alhamdulillah adik ambia kata sedap huhu. Tapi aku rasa biasa je. Entahlah yang penting bolehlah masuk perut. Nnti akak improve lagi ye. 



Ini dia game tiup belon lepastu kena pecahkan. At first cadangan mak aku tiup belon sampai pecah kat mulot tu. Hihi tapi adik-adik perempuan semua takut. Haha hakikatnya aku pun takut. Then kita modified sikit. Perempuan lawan laki. Siapa habis pecahkan belon dulu menang. Last-last belon perempuan yang tak mampu dipecahkan kita bagi lelaki. Takpe dua dua dapat hadiah.


Ada kuiz dan hadiah sikit untuk mereka. 


Ini antara hasil tangan farhana. 



Ini dia orang kuat #projekita 
Sayang korang! Dari kanan farhana, mia, husna.


Tadaa.. tak lengkap kalau tak bergambar rasanya. Jadi kita bergambar dengan orang kuat RBNS, kak wani atau lebih mesra dipanggil 'mama' serta adik-adik dan fasi-fasi katanya. 


Daripada tiga orang jadi tiga belas,. Terima kasih semua. Jasa korang akan kukenang selamanya. Kalau takde mereka mungkin akan hambar jadinya. 

Sebelum balik, aduk-adik ni ajak kami masuk dalam rumah. Memandangkan azmeel dah bawa guitar , ada orang request satu lagu daripada azmeel dan danish hahah sapa suruh bawa guitar . Tak tahu separuh rela atau sepenuh rela mereka pun buatlah show dekat dalam rumah tu. Nak aku tunjuk video ke? Kena minta izin tuan punya suara dulu kan. Takpelah biar aku simpan je . @#$/^&*)



Lagu faizal tahir. Assalamualaikum kot tajuknya. Adik ambia syok je duduk belakang sambil nyanyi sekali. Hafal rupanya dia. Ingatkan lagu harris J assalamualaikum tu. 

Sebelum berundur diri, danish pun memberi pesanan tahun baru yang menyentuh hati cek. Eh adik-adik tu pun ada yang mengalirkan air mata. Awhh jangan sedih. Bak kata ketua badar smapk ni, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Masih Allah beri rasa kasih sayang antara kita, ada tempat tinggal sambil tu azmeel pun memetik guitarnya kedengaran ala ala background music gitu. Kalau tahu danish nak beri tazkirah ni aku dah sediakan tisu sekotak kat sebelah. Err ?!

Okay rasanya itulah ceritanya. 

Terima kasih kepada siapa yang membaca entri panjang lebar ni kalau ada muhahaha 









Saturday, 10 October 2015

Malam Gemala Puteri batch Aurelia


 assalamualaikum,

Alhamdulillah everything went well. MGP or our annual dinner with Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah was an unforgettable memory ever. 

Dari Sunway Putra Hotel,  *jeng jeng jeng (cikgu Hadi)


sofi amani  :))) ketua dorm


classmates

classmate, dormmate yang sangat baik


dorm-mates tercinta

syaza , bestfriend sejak form 1 ni

haa bukti tuanku datang. 

baju merah tu, fyfa. bedmate yang suka menyanyi. nasib baik suara kau sedap. 

farrah, macam model kan dia? cantik sangat. 

budak yang kuat merajuk tapi nilai common sense dia sangat tinggi. 


5 Adioda. kelas yang aku nak sangat masuk waktu form 4. bila orang tanya, ape perasaan masuk kelas adioda, tak stress ke? mula2, pertengahan, dan sekarang memang stress. duduk mana2 kelas pun sama, struggle juga nak straight As. tapi yang membuat aku  sangat bersyukur ialah dapat berkawan rapat dengan kawan2 yang pandai dan tak sombong. Alhamdulillah semoga korang semua berjaya dunia dan akhirat.  


Despite coming from different backgrounds,
we still managed to create not only friendship,
but A FAMILY
Regardless of what people labelled us,
we can still exceed their expectations

chapter of my life in seseri has almost come to an end.



Saturday, 3 October 2015

Imtiaz's dinner 2015


assalamualaikum, 

hai .. oh yeah alhamdulillah hujung bulan 9 yang lepas, we had our dinner somewhere in kota damansara.. area IKEA. thanks to imtiaz junior of form 4. all the best to imtiaz 15/16 ! next year ada form 1 tau. cabaran umtuk korang.  the dinner was awesome! next week MGP pulak. sunway putra hotel bersama Sultan Perak.. 


oh ini semua gambar-gambar yang berjaya ditangkap sepanjang dinner tu.
 the first one is gambar AJK imtiaz. thank you semua sentiasa bagi kerjasama, sayang semuanya.. 







with my beloved ustazah noraini


oh i would like to introduce her as a new KETUA IMTIAZ . ex samten Farah Izzaty , 

imtiaz form 5




gambar terakhir paling cantik... oh sayang korang.... thank you for supporting me as your potassium iodide yang tak berapa nak baik. hahaha may Allah bless all of you. Pendakwah ibarat air yang sentiasa cuba masuk di mana sahaja ada ruang untuk meneruskan dakwah. weh kita dah nak habis sekolah.. hehe semoga istiqamah ye wahai diri dan rakan2 sekalian.

good luck spm, salam sayang,


Tuesday, 22 September 2015

Put trust in Allah, dear self

Assalamualakum :)

While reading kak amira aina's blog, i found this video. She really inspired me. 
Have u ever feel like everything you did was wrong? Hmm or you keep comparing yourself with others? Here, the video made me realised that everything was not that easy. Sometimes Allah made you feel easy in studying but not in sports. Or else. Lets watch the video.





For those who are striving for SPM (like me), all the best. May the 2 things , our efforts and Allah's bless will help us to get straight A+, insyaAllah.


Monday, 2 February 2015

life as a Seserian

Assalamualaikum w.b.t.

Dah jadi senior dah sekarang.. hahah alhamdulillah tak sangka aku berjaya bertahan di seseri drpd PT (pulang terus) . Results sbp n mrsm untuk 1st intake form4 2015 dah keluar kan. So for those yang dpt tawaran masuk sm sains seri puteri, akak ucapkan tahniah ye adik2ku sayang. Wah 'akak' .. haha tapi kena bersedia fizikal n mental. Ni ape yang kak asilah bagitau aku dulu.

Apa2pun nasihat aku, buat solat istikharah setiap malam. Hehe walaupun aku xdelah sampai buat tiap malam last year. Tapi dapat tawaran je terus buat sujud syukur sambil menangis2. Alhamdulillah itulah ape yang aku impikan sejak tingkatan 1 waktu aku frust takdapat smapk.

Walaupun aku budak 2nd intake, tapi sebenarnya sama je. Even ade budak 4th intake lebih menyerlah daripada intake2 yg awal tu. So jgn pandang sebelah mata budak yang masuk lambat tu. Maybe sebab permohonan awal dia bukan seseri and tak setuju klu diberi tawaran ke sbp lain slain yg dia mohon.

Dekat seseri takde buli2 setakat ni. Hehe kena tahan dgn peraturan yg agak ketat. Jadi peramah. COMMON SENSE itu wajib. Hahaha serious sampai nak termuntah aku dengar ayat tu. Common sense lah wei. Homesick bnda biasalah awal2 masuk. Aku hampir je nak keluar seseri dgn alasan xselesa nak study, cikgu xmcm cikgu2 kat sek lama, n mcm2 alasan aku siap senaraikan. At the moment bila aku jumpa Dr. Sbb nak mintak mc, ayah aku cite kat dia pasal aku nak keluar seseri. Dr. kata bagi dia tempoh 2bulan duduk asrama, nanti dia okay dengan yakinnya kata Dr. Oleh sebab dia Dr, jadi aku pun trylah nak tengok teori dia bole pakai ke tak ni. Aku cuba bertahan sampai dua bulan, alhamdulillah lama2 tu okay sendiri bila ade kawan, masuk pulak budak 3rd intake iaitu Ju. Hilang homesick. Rugi kalau keluar. Fikir jugaklah duit parents aku banyak keluar untuk bayar duit makan asrama semua. Takkan nak keluar mcm tu je. Ade kawan aku persoalankn dulu, kalau duduk seseri yg trbaik, kenapa aku dpt 2nd intake, knpe tak drpd 1st intake haritu? Haha Allah is the best planner.

Next, duduk sekolah perempuan boring? But still ade lelaki, pakcik kantin, pakcik dm , tukang kebun, cikgu hadip n the gang n,,, ehem abang taufiq penyelia asrama baru pun ade. Haha okay ni lawak. Meen tanya , knapa penyelia tu awk panggil abang tapi pakcik dm tu awk panggil pakcik sedangkan dua2 muda. Err tkdelh tu gurau2 gedik namanya. Sebenarnye panggil 'cik' je.
Tapi sekolah perempuan seronok sbenarnya. Melatih diri jadi pemalu bila jumpa dengan lelaki. Ahahahaha poyo je. Itu pendapat akulah. Pendapat orang lain aku tak pasti. Bila jumpa kawan sekolah lama yg lelaki, rasa malu pulak en.

Kalau last year before aku masuk seseri, aku search blog senior2 seseri. And bolelah bagi semangat untuk aku teruskan hasrat nak masuk asrama. Pasal study, cikgu2 takdelah laju sangat kot ajar. Sama je aku rasa dgn sek aku dulu. Cuma konsep i think tu aku susah nak terima. Stress tahu x nak buat peta i think. Nak buat nota pun kena ade peraturan2. Rapatlah dengan cikgu2, banyakkan bertanya. Seronok bila bergaul dgn budak2 pandai. InsyaAllah akan jadi pandai jugak hahahaha.setakat ni budak2 pandai yang aku kenal xde yang kedekut ilmu. Semua baik2. Haa once u're seserian, kebersihan itu sangat penting! Datin sangat mementingkan kebersihan. Kalau tengah exam sekalipun, lets say dia tengah check asrama sepah, dia bole suruh tangguhkan exam dan kemas asrama sekarang. Bagus jugak dia pentingkan kebersihan, kita jugak selesa. Pernah tidur sekolah lain, rasa tak sabar nak balik seseri sebab sekolah tu tak sebersih sekolah kite hihihi. Lepastu yang bagus sekolah ni, setiap kali exam mid year/final year/trial spm, dpt good result akan dapat sijil and duit sumbangan pibg. Bersemangat jugaklah nak blaja rajin2 time nak exam hihi demi mengumpul balik duit2 yang ayah aku dah sumbangkan dlm pibg. Kelebihan lagi kalau duduk sbp ape yang aku dengar, mana2 biasiswa / ipta akan utamakan bdk2 sbp insyaAllah. Result kena baguslah kan. Cuak pulak aku.

Dah masuk seseri korang akan dengar nama kelas n rumah yang pelik2. Contoh 5 Adioda. Lepastu sukati pi tambah AdioDAULAT. tu cerita last year. Tahun ni aku bukak whatsapp mak aku ttbe dah masuk dalam group 5AdioDANGER. Macam2. Nama kelas, adioda, bakerara, cattleya, dorisia, eliara, fialaara, gasticia, helphilia. Paling sedap ofkos adioda hihi.


Tujuan buat post ni sebenarnye nak bagi semangat utk junior yg mungkin excited atau dalam dilema nak terima tawaran masuk seseri atau tak ni sambil search2 pasal seseri guna pakcik google ni. Tiba2 terjumpa blog 'akak'. Haha harap2 sedikit sebanyak membantulah ye. Seseri tak se'top' ssp, tkc, stf tapi sekolah mana2 pun pucuk pangkalnya diri kita sendiri.

Anyway tahniah nik amal zafeerah a.k.a my lovely cousin yang score 10As dlm pt3 and akan daftar di mrsm tgb, jasin 4 feb ni.

Insan yang prihatin.


Monday, 24 November 2014

generasi strawberi?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Strawberi? Ape kaitannye dengan kite? Buah strawberi.. hmm sedaplah kot. Aku tak makan strawberi. 
Tapi.. cikgu cakap, kita ibarat generasi strawberi. Manis, cantik , segar bila di tempatnya. Tapi bila bukan berada di tempatnya, jadi masam, layu, tak segar. Err faham ke? Itu analogi je. Pelajar sekolah sama macam strawberi ke? Hanya manis, cantik di tempatnya iaitu di sekolah . Yeke cikgu ? 

Kalau di sekolah, menutup aurat, nampak cantik dan manis kan? Tapi bila keluar sekolah, tak tutup aurat. Weh kita macam tu ke? Taknaklah jadi macam strawberi. Awak nak ke ? Saya taknak. 

Jom menutup aurat di mana saja kita berada.



Thursday, 6 November 2014

Belajar kerana Allah :)

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Ni nak share sikit apa yang Prof. Dr. Muhaya cakap. Memandangkan sekarang musim SPM.. of course akak senior aku sekarang tengah struggle gila2 untuk score 9A+ . Semoga mereka berjaya.. 

nasihat Prof. Dr. Muhaya kepada ibubapa pelajar SPM
 ada parents yang sanggup cuti sepanjang anak ambil SPM kan?.. Prof. kata, ibu bapa jangan stress bila anak nak exam sebab aura stress tu akan dapat jugak kat anak-anak. Dicadangkan ibubapa bolehla buat solat hajat, baca yasin, doa dan sedekah sepanjang anak2 nak SPM. kenapa bersedekah? sebab bersedekah boleh gembirakan hati orang lain. bila kita gembirakan hati orang lain, Allah akan gembirakan hati kita. :) mana tau Allah gembirakan hati ibubapa dengan memberikan kejayaan kepada anak-anak dlm SPM kan kan? InsyaAllah. 



nasihat kepada pelajar 
Apa-apapun yang kita buat mesti tahu niat dan tujuan. Niat belajar tu biarlah kerana Allah. belajar untuk lulus dengan cemerlang kerana nak jadi mukmin/mukminat yang berjaya. ramai tanya macam mana nak belajar kerana Allah? susahlah.. sebab kita biasa belajar sebab nak exam. hmm nak jawab ape ni..? kita akan dapat sesuatu berdasarkan niat kita. cth, ye belajar sbb nak lulus dgn cemerlang dlm exam, mungkin kita berjaya dalam exam tp setakat tu jelah. berbeza dengan orang yang niat belajar kerana Allah, nak memberi manfaat kepada orang lain. dia akan berjaya dalam exam dan dalam masa yang sama mungkin dia berjaya memberi manfaat kpada orang lain. dia belajar pun dapat pahala sbb niat kerana Allah. Wallahualam. 

Prof. Dr. Muhaya kata lagi, semua anak-anak yang buat benda salah (cth-tak solat) akan lakukan benda yang salah. boleh tengok banyak cth zaman sekarang. ada orang yang pentingkan akademik semata-mata tapi agama tak jaga. Aku pun bukanlah baik sangat tapi aku cubalah kot nak jadi baik. hahaha percayalah kalau Agama kita jaga, akademik akan turut terjaga. insyaAllah. Imam Syafie' berkata, Ilmu itu cahaya dan tidak mungkin akan masuk ke dalam hati orang yang melakukan maksiat. "Tapi kenapa si A tu tak solat tapi selalu score dlm exam? Si B pulak rajin belajar, kuat ibadah tapi biasa2 je." Rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya. Kejayaan tu ujian, Kegagalam pun ujian. Tak semestinya Allah beri kejayaan kepada si A dlm exam bermakna Allah redha kepada dia. Kejayaan yang Allah beri kepada kita bukan semata-mata sebab usaha kita je, tapi sebab rahmat Allah jugak. Tak guna kalau kita pandai akademik tapi tak solat, tak hormat ibubapa dan tak jaga pergaulan. nasihat buat diri aku yg cepat leka ni jugak. Apa apapun kita buat ,Prof. Dr. Muhaya kata kena berbalik kepada hati. InsyaAllah kalau kita buat sesuatu kerana Allah, kuranglah stress tu. 

All the best to Alacris.. nama batch kitorang , Aurelia.