AIZA SURAYA Welcome to my blog!

Monday, 24 November 2014

generasi strawberi?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Strawberi? Ape kaitannye dengan kite? Buah strawberi.. hmm sedaplah kot. Aku tak makan strawberi. 
Tapi.. cikgu cakap, kita ibarat generasi strawberi. Manis, cantik , segar bila di tempatnya. Tapi bila bukan berada di tempatnya, jadi masam, layu, tak segar. Err faham ke? Itu analogi je. Pelajar sekolah sama macam strawberi ke? Hanya manis, cantik di tempatnya iaitu di sekolah . Yeke cikgu ? 

Kalau di sekolah, menutup aurat, nampak cantik dan manis kan? Tapi bila keluar sekolah, tak tutup aurat. Weh kita macam tu ke? Taknaklah jadi macam strawberi. Awak nak ke ? Saya taknak. 

Jom menutup aurat di mana saja kita berada.



Thursday, 6 November 2014

Belajar kerana Allah :)

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Ni nak share sikit apa yang Prof. Dr. Muhaya cakap. Memandangkan sekarang musim SPM.. of course akak senior aku sekarang tengah struggle gila2 untuk score 9A+ . Semoga mereka berjaya.. 

nasihat Prof. Dr. Muhaya kepada ibubapa pelajar SPM
 ada parents yang sanggup cuti sepanjang anak ambil SPM kan?.. Prof. kata, ibu bapa jangan stress bila anak nak exam sebab aura stress tu akan dapat jugak kat anak-anak. Dicadangkan ibubapa bolehla buat solat hajat, baca yasin, doa dan sedekah sepanjang anak2 nak SPM. kenapa bersedekah? sebab bersedekah boleh gembirakan hati orang lain. bila kita gembirakan hati orang lain, Allah akan gembirakan hati kita. :) mana tau Allah gembirakan hati ibubapa dengan memberikan kejayaan kepada anak-anak dlm SPM kan kan? InsyaAllah. 



nasihat kepada pelajar 
Apa-apapun yang kita buat mesti tahu niat dan tujuan. Niat belajar tu biarlah kerana Allah. belajar untuk lulus dengan cemerlang kerana nak jadi mukmin/mukminat yang berjaya. ramai tanya macam mana nak belajar kerana Allah? susahlah.. sebab kita biasa belajar sebab nak exam. hmm nak jawab ape ni..? kita akan dapat sesuatu berdasarkan niat kita. cth, ye belajar sbb nak lulus dgn cemerlang dlm exam, mungkin kita berjaya dalam exam tp setakat tu jelah. berbeza dengan orang yang niat belajar kerana Allah, nak memberi manfaat kepada orang lain. dia akan berjaya dalam exam dan dalam masa yang sama mungkin dia berjaya memberi manfaat kpada orang lain. dia belajar pun dapat pahala sbb niat kerana Allah. Wallahualam. 

Prof. Dr. Muhaya kata lagi, semua anak-anak yang buat benda salah (cth-tak solat) akan lakukan benda yang salah. boleh tengok banyak cth zaman sekarang. ada orang yang pentingkan akademik semata-mata tapi agama tak jaga. Aku pun bukanlah baik sangat tapi aku cubalah kot nak jadi baik. hahaha percayalah kalau Agama kita jaga, akademik akan turut terjaga. insyaAllah. Imam Syafie' berkata, Ilmu itu cahaya dan tidak mungkin akan masuk ke dalam hati orang yang melakukan maksiat. "Tapi kenapa si A tu tak solat tapi selalu score dlm exam? Si B pulak rajin belajar, kuat ibadah tapi biasa2 je." Rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya. Kejayaan tu ujian, Kegagalam pun ujian. Tak semestinya Allah beri kejayaan kepada si A dlm exam bermakna Allah redha kepada dia. Kejayaan yang Allah beri kepada kita bukan semata-mata sebab usaha kita je, tapi sebab rahmat Allah jugak. Tak guna kalau kita pandai akademik tapi tak solat, tak hormat ibubapa dan tak jaga pergaulan. nasihat buat diri aku yg cepat leka ni jugak. Apa apapun kita buat ,Prof. Dr. Muhaya kata kena berbalik kepada hati. InsyaAllah kalau kita buat sesuatu kerana Allah, kuranglah stress tu. 

All the best to Alacris.. nama batch kitorang , Aurelia.